Emma Watson menangis tonton filem sendiri
28 Sep Emma Watson mengakui bahawa filem "The Perks Of Being A Wallflower" membuatkannya menangis setiap kali dia menontonnya.
Pelakon ini kembali ke layar lebar menerusi filem yang diarahkan oleh Stephen Chbosky berdasarkan novel karyanya sendiri dengan tajuk yang sama.
Filem ini dimainkan pertama kali di Festival Filem Toronto dan Watson mendedahkan bahawa dia harus keluar dari ruang pawagam untuk melakukan solekan semula kembali akibat menangis.
"Ini sudah kali ketiga saya menonton filem ini dan filem ini masih membuat saya menangis .Saya perlu berlari dan membetulkan tata rias saja untuk sesi media kerana saya kelihatan buruk," ujar Emma Watson.
Filem ini merupakan, filem perdana untuk penulis Chbosky sementara itu Watson akan berlakon bersama dengan Logan Lerman dan Erzan Miller.
Filem ini menjadikan filem pertama Watson setelah filem "My Week With Marilyn" yang dimainkan tahun lalu. "The Perks of Being A Wallflower" dijadualkan akan berada di pawagam pada 3 Oktober.